MANCHESTER, 31 Ogos – Sergio Aguero kini memasuki kemuncak kariernya bersama Manchester City tetapi berdasarkan rekod, beliau tidak akan membiarkan rekod jaringannya terbiar begitu saja apabila juara bertahan, City menerima kunjungan Newcastle.
Pemain Argentina berusia 30 tahun itu menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan musim ini, termasuk dua gol dalam aksi Community Shield ketika menewaskan Chelsea dan jaringan hatrik semasa menentang Huddersfield.
Dengan hatrik terbaharu itu, ia merupakan hatrik ke-13 untuk kelab selepas menyertai dari Atletico Madrid pada Julai 2011 dan ia merupakan hatrik kesembilan dalam saingan Liga Perdana, di belakang Alan Shearer.
Menurut pengurusnya, pemain penyerang itu kini memasuki peringkat yang baharu selepas meledak hatrik.

“Saya tidak pernah melihat beliau seperti ini sejak saya tiba di sini, beliau berada dalam kondisi yang mantap apabila membawa bola dan tanpa bola,” kata Guardiola. Penjaring terbanyak City itu kini memasuki dua musim terakhir dalam kontraknya bersama City, di mana beliau sebelum ini mengatakan bahawa beliau akan kembali ke kelab lamanya, Independiente di Argentina, di mana beliau dijangka akan mengakhiri kariernya di sana.
Dalam 11 pertemuan menentang Newcastle sebelum ini, Aguero menjaringkan 14 gol, termasuk lima gol semasa kemenangan 6-1 pada musim 2015/2016 dan hatrik ketika menang 3-1 pada Januari lalu.
Semasa menjaringkan lima gol itu, para pemerhati Aguero percaya, ia merupakan aksi paling mantap sepanjang kariernya di mana beliau meledak lima gol dalam tempoh 20 minit ketika menentang Newcastle.
Setiap perlawanan, Guardiola menurunkan Aguero dalam setiap perlawanan meskipun beliau digandingkan dengan pemain remaja Brazil, Gabriel Jesus semasa menentang Huddersfield, yang mungkin akan digunakan apabila menentang skuad kendalian Rafael Benitez nanti. Sementara Kevin de Bruyne diketepikan untuk tempoh yang lama. – AFP