Friday, February 14, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aguero terajui kemenangan City

    MANCHESTER, 6 Nov – Penjaring terbanyak sepanjang masa Manchester City yang baru dimahkotakan, Sergio Aguero sekali lagi menemui sasaran, apabila penalti separuh masa keduanya telah membantu pendahulu Liga Perdana itu menewaskan Arsenal 3-1 semalam dan mengekalkan permulaan tanpa kalah mereka musim ini.

    Aguero menyudahkan penalti itu selepas Nacho Monreal dinilai mengasari Raheem Sterling pada minit ke-49 di Stadium Etihad.

    Dan selepas Kevin De Bruyne memberikan skuad Pep Guardiola pendahuluan dalam separuh masa pertama, ia kelihatannya gol terbaru Aguero sudah cukup untuk memastikan rekod sembilan kemenangan berturut-turut liga buat City.

    Namun, pasukan tuan rumah berdepan penghujung yang membimbangkan selepas pemain gantian Arsenal, Alexandre Lacazette merapatkan kedudukan pada minit ke-65 dengan satu ledakan kencang selepas satu gerakan daripada Alex Iwobi dan Aaron Ramsey.

    Penyerang Man City, Sergio Aguero (kiri) meraikan jaringan kedua pasukannya bersama Leroy Sane dalam aksi Liga Perdana menentang Arsenal di Stadium Etihad. – AP

    Namun kebimbangan penyokong tuan rumah akhirnya reda pada minit ke-74 apabila David Silva membuat hantaran ke tengah kepada Gabriel Jesus yang melepaskan rembatan dari jarak enam ela, meskipun kelihatannya seorang atau dua pemain berada di kedudukan ofsaid. Keputusan itu menyebakan Gunners ketinggalan 12 mata di belakang City.

    Perlawanan hanya memerlukan 18 minit untuk mula terbuka buat kedua-dua pasukan, menyaksikan City terlebih dahulu berada di depan menerusi satu gerakan baik yang disudahi oleh De Bruyne.

    Sebelum sepak mula, barisan bekas penyerang City memberikan penghormatan kepada Aguero, yang minggu lalu menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa kelab, dan penyerang Argentina itu nyaris menambah jumlah gol lebih awal daripada penalti yang disempurnakannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda