Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aguero terlibat dalam kemalangan

    LONDON, 29 Sept – Penyerang Manchester City, Sergio Aguero ‘mengalami kecederaan’ selepas terlibat dalam satu kemalangan di Belanda dan dalam perjalanan kembali ke Britain untuk membuat pemeriksaan menjelang aksi Liga Perdana hujung minggu ini, umum kelab hari ini.

    “Sergio Aguero akan dinilai oleh beberapa orang doktor kelan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya kelmarin. Penyerang City itu berada di Belanda bercuti dan telah mengalami kecederaan,” menurut kenyataan itu.

    Penyerang berusia 29 tahun itu sudah kembali pagi tadi dan akan dinilai menjelang pertembungan penting Manchester City dan Chelsea.

    Jurucakap polis Amsterdam, Frans Zuiderhoek memberitahu AFP bahawa anggota polis yang menangani kemalangan di bandar sekitar 11 malam (waktu setempat) selepas ‘sebuah teksi melanggar tiang lampu’.

    Dia tidak dapat mengesahkan identiti dua penumpang dan pemandu, yang meminta untuk tidak didedahkan.

    “Tidak ada kenderaan lain terlibat,” dia memberitahu AFP, dengan menambah tiga orang dalam teksi ‘telah dipindahkan ke hospital bagi pemerhatian, tetapi tidak ada kecederaan berat.”

    Kemalangan itu terjadi di jalan De Boelelaan, kata Zuiderhoek, tidak jauh dari Arena A di mana penyanyi dari Colombia, Maluma membuat persembahan.

    Penyerang Argentina itu, yang sudah menjaringkan 128 dalam 187 perlawanan bagi kelab Inggeris itu, memuat naik gambar dirinya dengan penyanyi itu di laman Instagram rasminya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda