Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli-ahli HRS fahami mengenai keberkesanan organisasi

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Kira-kira 60 orang ahli Persatuan Sumber Manusia (HRS) yang terdiri daripada profesional sumber manusia (HR) dari sektor awam dan swasta di seluruh negara, menghadiri bengkel dan sesi rangkaian berhubung topik Asas Keberkesanan Organisasi yang berlangsung di Bangunan Pantai Jerudong Specialist Centre (PJSC).

    Edisi kali ini turut dibawakan bersama Jerudong Park Medical Centre (JPMC) dan PJSC sebagai rakan kongsi acara utama.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bengkel berkenaan merupakan hasil dialog daripada HRS Learn and Connect Series: Global Trends that Keep HR Up at Night pada Ogos yang lalu untuk menyediakan bantuan mengurus persekitaran yang berubah dengan pantas dan kaitannya yang penting dengan HR.

    Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Naib Presiden HRS, Marzalenie Haji Omar yang kini merupakan Pengurus Pembelajaran dan Pembangunan di Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP).

    Bengkel berkenaan telah dibimbing oleh Ketua Keberkesanan Organisasi di BSP, Dayang Azrina binti Taib yang memberikan pengenalan kepada keberkesanan organisasi, atau lebih dikenali secara meluas dalam industri sebagai pembangunan organisasi (OD), wawasan tentang model organisasi dan alat utama yang digunakan untuk mendiagnosis keberkesanan sesebuah organisasi.

    Dayang Azrina ketika mengendalikan bengkel berkenaan. – Gambar serahan HRS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda