Wednesday, March 26, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli-ahli MMN hulur sumbangan

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 24 MAC – Seramai 30 penerima terdiri daripada keluarga-keluarga yang memerlukan dari Mukim Liang, Bukit Sawat dan Labi telah menerima sumbangan daripada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada acara yang diadakan di Masjid Kampung Sungai Liang, hari ini.

    Dengan kerjasama jawatankuasa takmir masjid tersebut, penyerahan sumbangan itu telah diketuai oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof dan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman.

    Turut hadir ialah ahli-ahli MMN bagi Daerah Belait, Yang Berhormat Haji Mohd Salleh bin Haji Othman dan Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @ Lim Swee Ann.

    Acara dimulakan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh ketua imam masjid, Awang Zulhilmi bin Jefri, disusuli dengan penyampaian sumbangan oleh ahli-ahli MMN.

    Selain acara yang diadakan di Daerah Belait, satu acara serupa juga telah diadakan sebelum ini di Daerah Temburong pada 22 Mac.

    Acara penyerahan sumbangan itu adalah bagi meraih ganjaran berlipat ganda di bulan yang mulia ini serta persediaan untuk mereka yang terlibat meraikan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

    ATAS & BAWAH : Ahli MMN semasa menyampaikan sumbangan kepada para penerima. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Antara ahli MMN yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda