Sunday, April 13, 2025
30 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli akademik AS buat rayuan atas pembatalan visa

    BANGKOK, 10 APRIL – Seorang akademik dari Amerika Syarikat yang didakwa melanggar undang-undang ketat hina raja Thailand akan merayu terhadap keputusan pembatalan visanya, kata pasukan peguamnya hari ini, selepas beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 300,000 baht (AS$8,800).

    Paul Chambers, yang telah menetap di Thailand selama beberapa dekad dan kini merupakan pensyarah politik Asia Tenggara di sebuah universiti wilayah, ditangkap pada Selasa selepas melaporkan diri kepada pihak polis berhubung pertuduhan menghina raja.

    Kes ini merupakan satu kes yang jarang berlaku membabitkan warga asing yang melanggar undang-undang ketat Thailand yang melindungi Raja Maha Vajiralongkorn dan ahli keluarganya, daripada sebarang bentuk kritikan, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga berdekad lamanya.

    Chambers telah dibenarkan ikat jamin bagi kes jenayah tersebut kelmarin, namun masih ditahan sehingga lewat malam sementara peguamnya berunding dengan pihak imigresen mengenai status visanya. – AFP

    Pensyarah sains politik AS, Paul Chambers dari Universiti Naresuan, Thailand, berdiri di luar balai polis di Phitsanulok selepas ditangkap pada 8 April 2025 atas tuduhan menghina raja Thailand. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda