Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli akademik, Majlis Belia Labuan harap kelewatan operasi feri diselesaikan dengan baik

    LABUAN, 16 JAN – Kelewatan pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres antara Labuan dan Kota Kinabalu adalah disebabkan oleh isu teknikal, dan ia boleh diselesaikan dengan cara yang baik.

    Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Romzi Ationg berkata isu itu harus ditangani oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah tanpa campur tangan luar, yang boleh menyebabkan salah tanggapan dalam kalangan orang awam.

    “Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mesti disokong sepenuhnya untuk membawa perubahan yang diperlukan kepada Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

    “Pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres ini akan memberikan manfaat ekonomi, jadi adalah penting bagi semua pihak bekerjasama menyokong inisiatif ini dan elak kritikan yang boleh menghalang kemajuan,” katanya kepada Bernama hari ini. Sementara itu, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Nazera Roslan berkata pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres itu memberikan kelebihan ekonomi dan pelancongan.

    “Komuniti tempatan berpeluang untuk mendapat manfaat daripada penyambungan semula laluan terus feri ke Kota Kinabalu, yang menawarkan masa perjalanan lebih pendek berbanding laluan semasa melalui jeti Menumbok,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda