BEIJING – Tahun Tikus tema tahun ini dalam kalendar tahun baharu China, ahli arkeologi telah menjejak tikus terawal dalam budaya Cina, bermaksud atau menunjukkan sikap-sikap tikus sebagai seekor binatang yang rumit, termasuk cinta, benci, sikap toleransi dan humor.
Tahun Tikus itu dianggap sebagai tahun pertama dalam kitaran zodiak Cina, bagaimanapun, tikus kecil sering mempunyai reputasi negatif seperti mencuri makanan, menggigit pakaian, memusnahkan empangan dan mendatangkan penyakit.
Perbandingan di antara evolusi manusia 3 juta tahun lalu dengan kehidupan tikus dapat dijejak kembali pada 55 juta tahun yang lalu. Ia selamat dari Zaman Ais, bencana-bencana alam yang tak terhitung jumlahnya termasuk letusan gunung berapi, banjir dan gempa bumi, sementara banyak binatang-binatang yang lain wujud sebelum manusia sudah pupus. Tikus merupakan spesies penghuni tertua di bumi, kata Yuan Jing, seorang penyelidik Institut Arkeologi di Akademi Sains Sosial China.
Ahli arkeologi telah menemui fosil rumah tikus di tapak Palaeolitik Zhoukoudian di pinggir kota Beijing, rumah Peking Man yang berusia sekitar 700,000 tahun yang lalu.
Dalam era Neolitik, penggunaan teknologi dalam aktiviti-aktiviti penanaman semakin meluas, sementara itu tikus juga begitu cepat menyesuaikan dengan tanaman dan pertanian, menjadi spesies yang berkaitan kepada manusia dalam kehidupan.

Apabila ahli-ahli arkeologi menggali sebuah tapak dari 4,100 hingga 3,500 tahun lalu di Zhangye, wilayah Gansu barat laut China, mereka menemui tulang tikus dengan peninggalan sebuah rumah, sisa gandum dan biri-biri di tapak tersebut.
Berdasarkan analisis isotop karbon dan nitrogen haiwan yang ditemui di tapak di Jingbian, barat laut wilayah Shaanxi China, ahli arkeologi telah membuktikan bahawa tikus hidup rapat dengan manusia sekitar 4,000 tahun yang lalu.
Terdapat banyak peninggalan budaya berbentuk haiwan di China, tetapi jumlah yang berkaitan dengan tikus agak kecil, kata Yuan.
Penggalian kubur milik raja Kota Guo, yang bermula pada abad ke-9 SM, di Sanmenxia City hari ini, wilayah tengah, Henan, China merupakan salah satu daripada 10 penemuan teratas arkeologi pada tahun 1991. Di antara lebih dari 4,600 objek yang ditemui, terdapat seekor tikus jed, panjangnya 2.6sm, lebar 1.2sm dan lebar 0.9sm. Jed sedikit lut sinar, dihiasi dengan corak awan.
Banyak lagi kuburan di tebing mural Dinasti Han di Lembangan Sungai Qijiang, wilayah barat daya China Sichuan, arkeologi menemui sebuah mural yang menunjukkan anjing menggigit tikus, dengan monyet duduk dekatnya. Satu ungkapan bahasa Cina seekor anjing yang cuba menangkap tikus digunakan untuk menggambarkan orang yang meronta. -Xinhua