SAN FRANCISCO, 31 Jan – Seorang ahli arkeologi yang menggunakan teknologi dan dianggap sebagai ‘Indiana Jones’ dunia sebenar, semalam melancarkan platform online yang membolehkan sesiapa saja membantu menemukan keajaiban arkeologi dan memerangi perampasan.
Platform ‘sains rakyat’ yang dihasratkan oleh arkeologi angkasa lepas, Sarah Parcak setahun lalu sebagai sebahagian dari hadiah TED yang didambakan wujud di GlobalXplorer.org.
“Warisan dunia yang tersembunyi mengandungi petunjuk bagi banyak daya pemulihan dan kreativiti manusia,” kata Parcak dalam satu siaran.
“Dengan GlobalXplorer kami memperkasakan kumpulan penjelajah sejagat abad ke-21 untuk menemui dan melindungi sejarah yang kita kongsi sama.”
Video yang memaparkan Parcak mendedahkan keinginan itu telah dihantar ke online semalam di www.ted.com.
GlobalXplorer menggabungkan imejan satelit dengan corak pencarian seumpamanya untuk menjadikan permainan mencari petunjuk kepada di mana beradanya karya kuno atau perampasan.
Mereka yang melayari laman sesawang itu dijemput untuk daftar masuk dan mengikuti tutorial pantas sebelum benar-benar memburu peninggalan dan pencuri.
Menghabiskan masa meneliti imejan satelit membolehkan orang ramai ‘meningkatkan taraf’ seperti dalam permainan video dan meraih ganjaran seperti peluang untuk benar-benar menyertai ahli arkeologi pada penggalian sebenar.
“Hasrat Parcak memberikan alat kepada tangan semua orang untuk mengetahui dan melindungi kekayaan sejarah manusia, yang membukakan disiplin yang lazimnya tidak didedahkan,” kata pengarah hadiah TED, Anna Verghese.
“Kini kisah-kisah kami dilindungi oleh berjuta-juta dan bukannya segelintir.” – AFP