KAHERAH, 16 Ogos – Kementerian Antikuiti Mesir hari ini mengatakan ahli arkeologi menemui tiga makam bertarikh lebih 2,000 tahun lalu, dari Zaman Ptolemaic.
Makam itu ditemui di wilayah Lembah Nil, Minya di selatan Kaherah, dalam kawasan dikenali sebagai al-Kamin al-Sahrawi.
Kenyataan hari ini oleh kementerian menjelaskan penggalian makam batu dan serpihan tanah liat mencadangkan kawasan itu adalah sebuah necropolis besar antara Dinasti ke-27 dan zaman Greco-Roman.
Ikuti berita lanjut dalam Media Permata.