Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli arkeologi temui makam diraja berusia lebih 3,500 tahun di Mesir

    ISTANBUL, 17 MAC – Kementerian Pelancongan dan Antikuiti Mesir kelmarin mengumumkan penemuan sebuah makam diraja bersejarah yang berusia sekitar 3,500 tahun, lapor agensi Anadolu (AA).

    Dalam kenyataan, kementerian itu memaklumkan pasukan arkeologi bersama Mesir-Amerika dari Universiti Pennsylvania telah menemukan makam diraja di nekropolis Jebel Anubis di Abydos, selatan Mesir.

    Kementerian itu berkata pasukan arkeologi turut menemukan sebuah bengkel tembikar dari zaman Rom di kampung berhampiran Banaweet di selatan Mesir.

    Penemuan makam diraja di Abydos memberikan bukti saintifik baharu mengenai perkembangan pengebumian diraja di nekropolis Jebel Anubis, dengan makam-makam itu dipercayai bertarikh antara 1700 hingga 1600SM.

    Sementara itu, bengkel tembikar di Banaweet dikenal pasti sebagai antara pusat pengeluaran terbesar yang membekalkan tembikar dan kaca kepada kawasan berkenaan pada zaman dahulu. – Bernama

    Gambar fail AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda