Monday, March 31, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli BBMW berkumpul

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 5 Feb – Bagi mengeratkan lagi silaturahim, lebih 60 orang terdiri daripada ahli-ahli BMW Brunei bersama keluarga masing-masing hadir menyertai Acara Perkumpulan Brunei Bavarian Motor Work (BBMW Gathering) buat julung kalinya diadakan di Pantai Seri Kenangan, Daerah Tutong.

    Acara perkumpulan itu juga turut mempamerkan sebanyak lebih 40 buah kereta jenama BMW yang terdiri daripada model tahun 1980-an hingga sekarang.

    Menurut Ahli Jawatankuasa BBMW, Awang Mohd Nur Sham bin Haji Abdullah Sani ketika ditemu bual, berkata, acara perkumpulan tahun ini dengan temanya ‘Berkeluargaan’ terbuka kepada ahli-ahli lama dan baru Kumpulan BBMW.

    Selain itu, menerusi majlis ini, ahli-ahli BBMW berpeluang berkongsi pendapat dan bertukar pandangan mengenai kenderaan BMW yang dimiliki dan seterusnya berpeluang memeriksa kenderaan mereka melalui pakar-pakar BMW yang terdiri daripada ahli-ahli BBMW itu sendiri.

    Antara ahli BBMW yang hadir bergambar ramai.
    Antara ahli BBMW yang hadir bergambar ramai.
    Antara kereta-kereta jenama BMW dari model 1980-an hingga yang terbaru dipamerkan semasa acara perkumpulan tersebut.
    Antara kereta-kereta jenama BMW dari model 1980-an hingga yang terbaru dipamerkan semasa acara perkumpulan tersebut.

    Awang Mohd Nur Sham turut menjelaskan yang acara perkumpulan itu adalah juga untuk mengalu-alukan kedatangan ahli-ahli baru dan orang ramai yang berminat terhadap kenderaan BMW yang mana peminat atau pemilik kenderaan baru turut diberi peluang untuk mendaftar bagi mengikuti kelab tersebut.

    Bagi memeriahkan acara tersebut, pelbagai aktiviti juga diadakan seperti persembahan langsung daripada beberapa kugiran yang diundang, karaoke dan permainan riadah.

    Acara tersebut turut menyaksikan penyampaian cenderahati daripada wakil ahli BBMW, Pengiran Mohd Azmi bin Pengiran Mad Daud kepada wakil QAF Auto Sdn Bhd, Awang Ishak bin Haji Abang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda