Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli farmasi main peranan mustahak

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Tema Hari Farmasi Sedunia 2024 iaitu Memenuhi Keperluan Kesihatan Global menekankan sumbangan tidak ternilai farmasi dalam membolehkan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti, memastikan penggunaan ubat-ubatan selamat dan efektif, mengoptimumkan hasil rawatan serta mempromosikan literasi kesihatan dalam komuniti.

    Farmasi juga merupakan bahagian penting infrastruktur penjagaan kesihatan yang menyumbang kepada meningkatkan kecekapan dan keberkesanan keseluruhan penyampaian penjagaan kesihatan.

    Perkara itu ditekankan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam kapasitinya selaku Pengerusi dan Pengarah Eksekutif Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), semasa berucap dalam Majlis Sambutan Hari Farmasi Sedunia yang berlangsung di Lobi Utama, Pusat Pakar Pantai Jerudong (PJSC), hari ini.

    Beliau turut menyatakan farmasi merupakan sumber maklumat yang dipercayai bagi pesakit untuk mendapatkan jawapan mengenai ubat-ubatan dan membimbing mereka bagaimana untuk mengurus ubat-ubatan, peranti perubatan serta kesihatan mereka.

    Kepakaran ahli farmasi dalam dos ubat, nasihat mengenai pemilihan produk, pencairan ubat amat dinilai oleh doktor dan jururawat yang bekerjasama untuk menyediakan penjagaan yang terbaik kepada para pesakit, ulas beliau lagi.

    Majlis kemudian menyaksikan acara memotong kek dan diikuti dengan lawatan ke pameran serta Farmasi JPMC dan PJSC.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan ucapan pada Majlis Hari Farmasi Sedunia, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham ketika melawat pameran pada Majlis Sambutan Hari Farmasi Sedunia, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Yang Berhormat Menteri Kesihatan melawat pameran semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda