Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 30 Mac – Majlis Perundingan Kampung (MPK) Birau/Luagan Timbaran, pagi tadi, telah mengadakan mesyuarat bagi pembubaran ahli Jawatankuasa (AJK) MPK Birau/Luagan Timbaran sesi 2012-2017 dan seterusnya melantik AJK baharu bagi sesi 2018-2022 yang diadakan di Pusat Kemasyarakatan Kampung Birau.
Terdahulu, mesyuarat dimulakan dengan ucapan pengerusi diikuti dengan pembubaran AJK MPK Birau/Luagan Timbaran sesi 2012-2017 dan seterusnya melantik beberapa orang AJK MPK Birau/Luagan Timbaran bagi sesi 2018-2022.
Antara mereka yang dilantik ialah Ketua Kampung Birau, Haji Burhanuddin bin Haji Hashim selaku Pengerusi, Haji Ibrahim bin Haji Ratu selaku Timbalan Pengerusi, Haji Sabli bin Haji Mumin selaku Setiausaha, Haji Hassan bin Haji Tamit selaku Bendahari, Hajah Asiah binti Abdul Ghani dan Dayang Kamsiah binti Haji Awang Layeh selaku Biro Agama dan Pendidikan.
Sementara itu, beberapa orang ahli MPK yang lain turut dilantik sebahagiannya dari biro-biro tertentu. Dengan pelantikan tersebut, Haji Burhanuddin berharap akan dapat terus memberikan buah fikiran sebagai lidah penduduk bagi memajukan kampung dan juga akan dapat bergiat aktif demi kemajuan dan kesejahteraan penduduk kampung.
