WASHINGTON, 18 FEB – Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Claudia Tenney, mengemukakan rang undang-undang bagi menjadikan hari lahir Presiden Donald Trump pada 14 Jun sebagai cuti umum persekutuan.
Tenney menerusi platform X berkata, sama seperti hari lahir George Washington yang diiktiraf sebagai cuti umum persekutuan, hari lahir Trump juga wajar diraikan sebagai pengasas ‘Zaman Keemasan’ Amerika, lapor agensi Anadolu (AA).
Washington, iaitu Presiden pertama AS dilahirkan pada 22 Februari, namun Hari Presiden yang memperingati kelahirannya disambut pada Isnin ketiga, bulan Februari setiap tahun.
Tenney berkata tiada presiden moden yang lebih berpengaruh di negara itu berbanding Trump. – Bernama
