Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli majlis PBT perlu terbuka terima idea baharu – Premier Sarawak

    KUCHING, 21 OKT – Ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh Sarawak perlu terbuka menerima idea dan pandangan baharu dalam menangani masalah yang mendepani dunia masa kini.

    Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jika sebelum ini penyediaan infrastruktur asas sudah memadai tetapi kini terdapat faktor lain yang perlu diambil kira terutamanya dalam aspek perancangan bandar.

    Beliau berkata faktor seperti Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) perlu diutamakan oleh PBT dalam mengimbangi pembangunan dan alam sekitar.

    “Kita perlu ada pendekatan berbeza berbanding masa lalu, jika dulu kita bina jalan, elektrik serta bekalan air yang baik sudah mencukupi tetapi hari ini sudah berubah.

    “Jika dulu kereta keluarkan asap bukan isu besar tetapi hari ini disebabkan isu seperti pelepasan gas rumah hijau ia menjadi masalah buat kita,” katanya semasa berucap di Seminar Ahli-ahli Majlis PBT 2025 di Kuching, hari ini. – Bernama

    Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) menunjukkan buku Sarawak Sustainable Development Goals Roadmap pada Seminar Ahli Majlis Localisation of Sustainable Development Goals, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda