BERLIN, 5 JULAI – Ahli Matematik dari Ukraine, Maryna Viazovska dicalonkan sebagai salah seorang daripada empat calon yang menerima pingat berprestij, Fields, yang sering kali digambarkan sebagai sebuah Hadiah Nobel dalam bidang Matematik, hari ini.
Kesatuan Matematik Antarabangsa berkata Viazovska, salah seorang pensyarah di Institusi Persekutuan Teknologi Lausanne, Switzerland, diberikan penghargaan atas pencapaian kerjanya dalam menghasilkan sfera serupa dalam bentuk lapan dimensi.
Para pemenang lainnya adalah ahli Matematik dari Perancis, Hugo Dumini-Copin dari Universiti Geneva; Dari Princeton, ahli Matematik warga Korea-Amerika, June Huh; dan dari Universiti Oxford, Britain, James Maynard.
Pingat Fields dianugerahkan setiap empat tahun kepada ahli Matematik di bawah umur 40 tahun. Calon-calon kebiasaannya diumumkan di Kongres Matematik Antarabangsa, yang pada awalnya diadakan di Rusia pada tahun ini tetapi sebaliknya dipindahkan ke Helsinki.
“Dengan peperangan yang masih berlanjutan, Rusia masih lagi meneruskan pencerobohannya ke atas Ukraine, di mana menunjukkan tidak ada alternatif lain yang boleh digunakan,” kata Presiden Kesatuan Matematik Antarabangsa, Carlos E. Kenig. – AP
