Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli MMN sertai sesi dialog di MTIC

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Rombongan ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telah menghadiri sesi dialog bersama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Mahabbah, Bangunan MTIC, hari ini.

    Mengalu-alukan kehadiran rombongan ahli MMN ke sesi dialog berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Tetap, MTIC, Haji Hairul Mohd Daud bin Haji Abdul Karim.

    Turut hadir dalam sesi dialog itu ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan), Awang Ridzuan bin Haji Ahmad, ketua-ketua jabatan, ketua eksekutif Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (PBMP), pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai MTIC, jabatan-jabatan dan pihak berkuasa di bawahnya.

    Haji Hairul Mohd Daud dalam kata alu-aluannya telah menyentuh mengenai sektor pengangkutan dengan memfokuskan kepada keselamatan dan sekuriti, kecemerlangan perkhidmatan dan juga pertumbuhan yang mampan.

    Majlis diteruskan dengan sesi taklimat mengenai fungsi dan peranan Bahagian Dasar Pengangkutan dan juga Bahagian Keselamatan Pengangkutan di bawah MTIC yang juga berhubungkait dengan perkembangan terkini dan perancangan masa hadapan.

    Pada masa yang sama, ahli-ahli MMN berkesempatan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman bagi merancang langkah-langkah ke hadapan ke arah mencapai kemajuan sektor pengangkutan di negara ini.

    Antara yang hadir pada sesi dialog tersebut. – GAMBAR SERAHAN MTIC
    Haji Hairul Mohd Daud dan rombongan ahli-ahli MMN bergambar ramai semasa sesi dialog yang berlangsung di Bangunan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi. – GAMBAR SERAHAN MTIC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda