Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli MPK Menunggol pelajari pertanian

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS  – Seramai 45 orang ahli Majlis Perundingan Kampung Menunggol telah mengadakan lawatan Muhibbah ke Mukim Labi, baru-baru ini.

    Rombongan diketuai oleh Ketua Kampong Menunggol Haji Ibrahim bin Haji Osman, dan turut serta dalam lawatan itu, Penghulu Mukim Kota Batu Awang Raslli bin Taram.

    Ketibaan rombongan telah dialu-alukan oleh Pemangku Penghulu Mukim Labi, Awang Muhammad Nurazi bin Haji Abdul Mustafah yang juga Ketua Kampung Labi.

    Antara lain tujuan lawatan adalah untuk mengeratkan silaturrahim, menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bidang pertanian.

    Lawatan tersebut diisi dengan berkunjung ke Luagan Lalak untuk melihat lebih dekat lagi keindahan Luagan tersebut seterusnya rombongan meneruskan lawatan ke Ladang Cegu Borhan di mana rombongan berpeluang mendengar taklimat mengenai cara  penanaman pokok pisang pokok limau kasturi dan pokok pepaya.

    Selain itu, rombongan juga berpeluang menuju ke Wasai Wong Kadir, dan seterusnya menikmati keindahan suasana di Coffee Farm Syarikat Pertanian Tropical Utama, dan taklimat telah disampaikan oleh Yong Khian Cook mengenai cara penanaman pokok kopi.

    Rombongan MPK Menunggol mengambil peluang bergambar kenangan ke salah satu tempat menarikan dalam program lawatan itu.
    Antara ahli MPK Menunggol yang menyertai dalam lawatan tersebut. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN MPK MENUNGGOL

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda