Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli MPP PB diseru komited jalankan amanah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Seramai 32 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Brunei (PB) bagi sesi 2020/2021, gabungan dari empat buah sekolah, diharap dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dengan komitmen tinggi dan sentiasa bersikap prihatin dan proaktif.

    Seruan itu dibuat oleh Pemangku Pengarah PB, Awang Alias bin Haji Abu Bakar semasa menyampaikan ucapan selaku tetamu kehormat pada Majlis Pembubaran MPP PB sesi 2019/2020 dan pelantikan MPP baharu yang berlangsung di Hotel Mock, Kampus Utama PB, Ong Sum Ping, hari ini.

    Beliau seterusnya menyeru supaya ahli baharu bersatu sebagai sebuah kumpulan yang mempunyai ikatan teguh, saling mempercayai antara satu dengan lain dan paling penting mampu mengharungi cabaran dan dugaan bersama-sama.

    “Dengan tanggungjawab yang diamanahkan ini diharap ia akan dapat dijalankan dengan rasa keikhlasan dan ketulusan hati,” tambahnya.

    Majlis diadakan bagi penyerahan tugas dan tanggungjawab daripada MPP PB sesi 2019/2020 kepada ahli-ahli bagi sesi 2020/2021 di mana seramai 30 orang ahli dilantik bagi sesi baharu.

    Majlis menyaksikan pelajar pengambilan ke-8, Awang Mohd Azhar bin Haji Mohd Khir yang dilantik sebagai yang dipertua MPP sesi 2019/2020 menye-rahkan tugasnya kepada Awang Mohd Iqbal Hisyamuddin bin Ibrahim, pelajar pengambilan ke-9, selaku yang dipertua MPP bagi sesi 2020/2021.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah pendaftar, ketua-ketua jabatan dan sekolah serta pensyarah PB.

    Awang Mohd Azhar menandatangani surat penyerahan jawatan yang di-pertua MPP PB kepada Awang Mohd Iqbal Hisyamuddin.
    Ahli-ahli baharu MPP PB sesi 2020/2021 berikrar pada majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda