Ahad, 23 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli MPP UBD sesi 2024/2025 dilantik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Bagi menandakan pertukaran kepimpinan Persatuan Mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam (PMUBD), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baharu bagi sesi 2024/2025 telah dilantik pada majlis pembubaran rasmi MPP sesi 2023/2024 di Bilik Senat, Dewan Canselor, UBD.

    Menurut kenyataan UBD, hari ini, pelantikan itu akan memberikan pelajar pengalaman langsung dan pendedahan tentang bagaimana kepimpinan pelajar beroperasi dalam persekitaran universiti dan untuk membangunkan kemahiran insaniah yang relevan dalam jawatan masing-masing, sebelum memulakan tanggungjawab sebagai pemimpin masa depan negara.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penolong Naib Canselor (University Life & Governance), UBD, Hajah Maudena binti Haji Abdul Hamid. Pada majlis itu, Dekan Pelajar, Dr Mursidi bin Haji Ali turut menyampaikan ucapan yang menyatakan penghargaan besar kepada bekas MPP atas jasa, sumbangan dan pengorbanan yang telah mereka lakukan terhadap pembangunan PMUBD dan merealisasikan visi dan misi PMUBD, sejajar dengan tema Futuring Together UBD.

    Bekas MPP 2023/2024 kemudiannya menerima sijil penghargaan daripada tetamu kehormat, diikuti dengan pengenalan rasmi, dan seterusnya penyerahan watikah rasmi pelantikan kepada MPP 2024/2025 yang baharu sebelum menyaksikan angkat sumpah MPP baharu. Majlis turut disusuli dengan ucapan presiden baharu, Awang Muhammad Zulkhairi Jifli Jainuddin, pelajar Tahun Tiga Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), UBD.

    Gambar ramai Hajah Maudena bersama bekas MPP dan MPP yang baharu. – GAMBAR SERAHAN UBD
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda