VIENNA, 5 MEI – Arab Saudi, Rusia dan pengeluar minyak utama yang lain hari ini bersetuju untuk meningkatkan pengeluaran minyak didorong oleh risiko permintaan di tengah-tengah sekatan koronavirus di China.
Kebimbangan terhadap bekalan turut didorong oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, di mana Eropah mengumumkan ia mungkin akan menyekat bekalan minyak Rusia.
Dalam pertemuan hari ini, ahli OPEC+ sekali lagi mengesahkan “keputusan untuk mengubah pengeluaran keseluruhan bulanan sebanyak 0.432mb/d bagi bulan Jun,” menurut pengumuman kumpulan tersebut.
Harga minyak meningkat kelmarin, dengan Brent North Sea melonjak melebihi AS$110 setong, paras tertinggi dalam masa dua setengah minggu.
Pada 0945GMT hari ini, Brent mencatatkan AS$110.47 setong dan American WTI pada AS$107.83 setong.
Tetapi pakar menjangkakan OPEC yang dipimpin oleh Riyadh, dan 10 rakannya yang diketuai oleh Moscow akan terus mengikut perancangan mereka meskpun dengan ketidakstabilan yang berlaku ketika ini. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P2-C_06052022.jpg)