Friday, September 20, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir

    WASHINGTON, 29 FEB – Pemimpin Kongres Amerika Syarikat (AS) telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen, kelmarin.

    Parti Demokrat dan Republikan telah bersetuju untuk membiayai sektor kerajaan tertentu dan telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh akhir penutupan sedia ada kepada 8 Mac dan 22 Mac.

    Ini akan memberi Kongres lebih banyak masa untuk mengusahakan rang undang-undang perbelanjaan tahunan, lapor Xinhua. “Kami bersetuju bahawa Kongres perlu bekerja secara dwipartisan untuk membiayai kerajaan kami,” kata Speaker Dewan Perwakilan, Mike Johnson dan Ketua Majoriti Senat, Chuck Schumer dalam satu kenyataan bersama.

    Menurut kenyataan itu, selepas teks akhir tersedia, Kongres akan mengundi dan meluluskan satu pakej enam rang undang-undang perbelanjaan tahunan yang membiayai pelbagai jabatan, termasuk pertanian, perdagangan, tenaga, dalam negeri, kehakiman, pengangkutan dan hal ehwal veteran sebelum 8 Mac.

    Baki enam rang undang-undang perbelanjaan, termasuk pertahanan, perkhidmatan kewangan dan kerajaan am, keselamatan dalam negeri, kesihatan buruh dan perkhidmatan manusia, cawangan perundangan serta operasi negeri dan luar negeri, akan dimuktamadkan, diundi dan diluluskan sebelum 22 Mac. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda