Monday, February 3, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli parlimen India ditahan atas dakwaan rogol

    NEW DELHI, 31 MEI – Seorang ahli parlimen India yang dituduh merogol beberapa wanita dan membuat video seks eksplisit telah ditahan malam kelmarin selepas pulang dari Jerman.

    Prajwal Revanna, 33, mewakili kawasan Hassan di negeri Karnataka selatan di Lok Sabha, dewan rendah parlimen yang sedang berakhir.

    “Revanna tiba pada 12:40 tengah malam dari Munich dan telah ditahan. Prosedur yang sewajarnya akan dilaksanakan oleh pasukan siasatan khas (SIT),” kata Menteri Dalam Negeri Karnataka, G. Parameshwara yang dipetik oleh media tempatan.

    Cucu kepada bekas Perdana Menteri H D Deve Gowda, telah pergi ke luar negara menggunakan pasport diplomatiknya pada 27 April, tidak lama selepas video seks itu tersebar. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda