Friday, January 31, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli parlimen India ditahan didakwa lakukan serangan seksual

    NEW DELHI, 31 JAN – Seorang Ahli Parlimen (MP) pembangkang India ditahan kelmarin atas dakwaan merogol seorang wanita.

    Wanita berkenaan, yang sudah berkahwin, mendakwa MP terbabit yang mewakili sebuah kawasan di negeri utara Uttar Pradesh, mengeksploitasi mangsa secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjaya politiknya.

    Polis telah membuka kertas siasatan terhadap ahli parlimen berusia 60 tahun itu pada 17 Januari lepas.

    Beliau ditahan ketika mengadakan sidang media di kediamannya bagi menjawab tuduhan terhadapnya. – Bernama

    Ahli Parlimen India ditahan atas dakwaan rogol. – Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda