TOKYO, 29 MEI – Penggubal undang-undang Jepun pada Selasa bertemu untuk mewujudkan kumpulan dwipartisan yang akan meminta kerajaan menubuhkan organisasi untuk menyiasat fenomena udara tidak dikenal pasti atau UAP yang juga dikenali sebagai UFO. Jiji Press melaporkan bahawa kumpulan Ahli Parlimen itu akan dipengerusikan oleh Yasukazu Hamada, ketua hal ehwal Parlimen Parti Demokratik Liberal (LDP)