Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ahli Parlimen NZ meninggal dunia

    WELLINGTON, 21 FEB – Seorang Ahli Parlimen New Zealand (NZ) berusia 49 tahun meninggal dunia secara tiba-tiba ketika mengambil bahagian dalam larian amal hari ini, kata rakan sekerjanya.

    Bapa kepada dua orang anak, Efeso Collins, rebah semasa ‘Larian Air’ di Auckland, yang diadakan untuk Tabung Kanak-kanak, dengan tujuan membawa air minuman bersih untuk kanak-kanak di NZ.

    Ia adalah ‘kempen yang penting kepada Efeso,’ kata Parti Hijau dalam satu kenyataan.

    “Pasukan perubatan yang berada di lokasi segera memberikan pertolongan kepada Efeso dan melakukan segala yang mampu untuk memulihkannya”.

    “Kami sangat sedih,” kata pemimpin bersama, Greens James Shaw, kepada pemberita di Parlimen di Wellington, dengan nada suara yang penuh emosi.

    Collins ialah warga Samoa kelahiran NZ yang memenangi kerusi untuk Auckland Timur pada pilihan raya umum Oktober lalu.

    Perdana Menteri NZ, Christopher Luxon berkata beliau ‘berasa sangat terkejut dan sedih’ dengan berita tersebut. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...