Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli Parlimen tertua India meninggal dunia

    NEW DELHI, 27 FEB – Ahli parlimen tertua India, Shafiqur Rahman Barq, meninggal dunia pada usia 94 tahun.

    Beliau menghembuskan nafas terakhir hari ini di sebuah hospital tempatan.

    Barq merupakan anggota Parti Samajwadi dan mewakili kawasan Sambhal di negeri Uttar Pradesh.

    Beliau dilantik menjadi Ahli Parlimen buat kali kelima pada 2019 dan dicalonkan oleh partinya untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang.

    Beliau juga pernah berkhidmat sebagai penyelaras jawatankuasa yang berjuang melindungi Masjid Babri di Ayodhya. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda