Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli Parlimen Thailand dihukum penjara 2 tahun

    BANGKOK, 5 FEB – Mahkamah Thailand telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun yang ditangguhkan ke atas calon bekas Perdana Menteri, Pita Limjareont dan tujuh yang lain berhubung penglibatan mereka dalam protes 2019, kata peguam mereka hari ini.

    Lima tahun lalu demonstrasi besar berkembang di seluruh ibu negara, diketuai oleh Parti Future Forward Party (FFP) yang sangat popular, menggesa pembaharuan dan menyeru bekas Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha, untuk meletak jawatan.

    Kes itu membabitkan satu protes pada 14 Disember yang diadakan selama 40 minit di persimpangan utama Bangkok, beberapa bulan sebelum mahkamah akan membubarkan FFP, yang dianggotai Pita.

    Bekas pemimpin, Parti Move Forward Party (MFP) yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya 2023, baru sahaja dilantik semula sebagai ahli parlimen.

    Defendan lain ialah ketua FFP, Thanathorn Juangroongruangkit, yang kini dilarang daripada politik termasuk bekas setiausahanya Piyabutr Saengkanokkul, Nuttaa Mahattana, Parit ‘Penguin’ Chiwarak, Thanawat Wongchai, Piyabutr Saengkanokkul, Pannika Wanich dan Pairatthachote Chantharakachorn.

    “Mahkamah memutuskan protes itu dianjurkan tanpa kebenaran, menyekat ruang awam, dan berada dalam jarak 150 meter dari istana Pathumwan,” kata peguam, Krisadang Nootjaras, kepada AFP.

    Dia berkata, lapan orang dari mereka pada mulanya dijatuhi hukuman penjara empat bulan, tetapi selepas sejam perbicaraan ia telah diubah kepada hukuman penangguhan dua tahun, dan denda 20,200 baht (AS$280).

    “Kami akan meminta butiran lanjut mengenai keputusan ini sebelum kami memutuskan sudut untuk melawan,” kata Pita kepada pemberita. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi ahli politik Thanathorn Juangroongruangkit (tengah), pemimpin FFP Thai dan Pita Limjaroenrat (tengah kanan) melambai kepada penyokong semasa perhimpunan tanpa kebenaran di pusat bandar Bangkok pada 14 Disember 2019. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda