ISTANBUL, 1 NOV – Seorang ahli politik Turki dari parti pemerintah Presiden Recep Tayyip Erdogan telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Burhan Kuzu, 65, telah menerima rawatan untuk COVID-19 sejak 17 Oktober, kata menteri kesihatan negara itu di Twitter.
Dia meninggal dunia kelmarin. Seorang peguam perlembagaan dan anggota pengasas Parti Keadilan dan Pembangunan, Kuzu berkhidmat di parlimen empat kali.
Dua pegawai kanan yang rapat dengan pemimpin Turki, jurucakap presiden Ibrahim Kalin dan Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu, juga mengatakan bahawa mereka telah dijangkiti COVID-19. – AP