Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli PEMODA sertai Sumatera Bike Week 2022

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Ahli Kehormat Persatuan Motosikal Darussalam (PEMODA), Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Arshad telah mewakili Negara Brunei Darussalam untuk menyertai 5th Sumatera Bike Week 2022 yang berlangsung di Lapangan Kantin Kota Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia.

    Acara anjuran Harley-Davidson Club Indonesia (HDCI), Pengda Sumatera Barat itu berlangsung dari 30 Jun hingga 3 Julai lalu dan diisikan dengan resepsi makan malam dan pameran motosikal berkuasa tinggi, serta beberapa aktiviti lain. 

    Pesta berkenaan juga dihadiri oleh seluruh anggota HDCI yang menyertai HDCI Andalas Rally 2022 serta para peserta dari pelosok Indonesia yang telah memulakan perjalanan mereka bermula di daerah masing-masing menuju ke lokasi acara sebagai garisan penamat.

    Buat julung kalinya, PEMODA menyertai acara di luar negara sejak dua tahun lalu ketika negara dilanda pandemik COVID dan sempadan telah ditutup buat sementara waktu.

    Sebelum berlepas meninggalkan negara bagi acara berkenaan, Naib Yang Dipertua PEMODA, Awang Shahrin bin Shahbudin hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada Haji Abu Bakar.

    Naib yang dipertua PEMODA semasa berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada Haji Abu Bakar, baru-baru ini. – Gambar serahan PEMODA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda