Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli perniagaan sumbang AS$172j untuk penyelidikan perubatan

    MELBOURNE, 31 OGOS – Seorang ahli perniagaan Kanada, Geoff Cumming hari ini menjanjikan sumbangan AS$172 juta bagi tempoh 20 tahun bagi melawan pandemik seterusnya dalam sumbangan terbesar bagi penyelidikan perubatan.

    Sumbangan untuk Institut bagi Jangkitan dan Imuniti Peter Doherty, yang turut dikenali sebagai Institut Doherty, akan disalurkan untuk membangunkan Pusat Global Cumming untuk Terapi Pandemik.

    Pusat itu akan membangunkan teknologi untuk merawat potensi pandemik patogen masa depan.

    “Kami cuba memberikan pelindungan untuk Australia, dan untuk dunia,” kata Cumming, seorang penduduk Melbourne, memberitahu wartawan. “Kita akan berdepan dengan lebih banyak pandemik.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda