Tuesday, October 22, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli Persatuan Pengakap 4001 SMSH sertai JOTI

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TEMBURONG, 21 OKT – Beberapa orang terdiri daripada Ahli Persatuan Pengakap 4001 Sekolah Menengah Sultan Hassan (SMSH), Daerah Temburong bersama beberapa orang Penolong Pesuruhjaya dan Pemimpin Pasukan Pengakap Daerah Temburong telah menyertai Jambori di Internet (JOTI) peringkat Daerah Temburong, kelmarin.

    JOTI ialah aktiviti pengakap antarabangsa yang diadakan setiap tahun. Melalui penggunaan sembang yang ditetapkan dari seluruh dunia, para peserta boleh menghubungi rakan pengakap mereka melalui Internet. Kaedah komunikasi biasa termasuk ScoutLink (IRC), e-mel dan VOIP.

    Selain itu menyediakan pengakap untuk menimba pengetahuan tentang rakan-rakan pengakap dari seluruh dunia.

    JOTI beroperasi bersama Jambori di Udara (JOTA) dan merupakan acara rasmi Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia tidak terkecuali Persatuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

    Antara Ahli Persatuan Pengakap 4001 SMSH semasa berkomunikasi melalui internet. – GAMBAR SERAHAN PERSATUAN PENGAKAP DAERAH TEMBURONG
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda