Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli PK Kg Danau terima surat lantikan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    TUTONG, 28 Sept – Dua orang ahli Pengawasan Kejiranan (PK) Kampung Danau telah menerima surat lantikan masing-masing pada majlis yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Kampung Danau, Tutong, kelmarin.

    Hadir bagi menyerahkan surat lantikan tersebut ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Penguasa Polis (Supt) Suhairi bin Haji Sukri.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu Mukim Telisai, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit.

    Yang Berhormat Haji Ramli bergambar ramai bersama ahli-ahli PK Kampung Danau.

    Dengan adanya penambahan ahli ini, ia dilihat telah memberikan impak yang positif dalam menarik penduduk kampung untuk ikut serta dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan kampung setempat bahkan dapat memantapkan lagi organisasi PK di Kampung Danau.

    Kerjasama yang terjalin antara Pasukan Polis Diraja Brunei dan ahli-ahli PK akan memacu lagi strategi dan perancangan bagi peningkatan penyaluran maklumat, rondaan mahupun pemantauan kegiatan jenayah di kampung berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda