Saturday, February 8, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli PKWE lawat Tamu Sipitang, Sabah

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 2 Nov – Kira-kira 45 orang ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Tutong yang diketuai oleh Pengurusnya, Haji Metamit bin Haji Matzin telah mengadakan lawatan ke Tamu Sipitang, Sabah, kelmarin.

    Lawatan tersebut merupakan salah satu program dan aktiviti PKWE untuk melihat suasana Tamu Sipitang di samping memberi pendedahan kepada warga emas untuk mengisi masa lapang mereka.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli PKWE Tutong di samping menimba pengalaman dan pengetahuan untuk menjadi pengusaha buah-buahan dan sayur-sayuran.

    Ahli-ahli PKWE Tutong bergambar ramai semasa mengadakan lawatan ke Tamu Sipitang, Sabah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda