TOKYO, 29 Jun – Seorang pegawai parti memerintah Jepun, Parti Demokratik Liberal (LDP) baru-baru ini mengkritik pasangan suami isteri yang memutuskan untuk tidak mempunyak anak sebagai ‘mementingkan diri sendiri’, menurut laporan setempat. Kenyataan itu dibuat oleh Setiausaha Agung LDP Toshihiro Nikai, apabila pegawai berusia 79 tahun itu dalam ucapannya cuba menggesa pasangan suami isteri supaya mempunyai lebih ramai anak.
Nikai berkata, “Pada ketika dan selepas peperangan apabila orang ramai menjalani kehidupan dalam keadaan hampir kebuluran, tidak sesiapa pun berkata ‘lebih baik tidak mempunyai anak kerana ia menyusahkan lagi.” Dia menambah, “Hari ini, sesetengah orang mempunyai idea yang mementingkan diri sendiri bahawa adalah lebih baik tidak melahirkan anak.” – Xinhua