Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli politik pembangkang dipenjara atas kesalahan hasutan

    PHNOM PENH, 5 MEI – Seorang ahli politik pembangkang lantang di Kemboja dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun atas kesalahan hasutan, menurutnya kepada wartawan semalam, sekali gus melucutkan haknya untuk mengundi dan memegang jawatan.

    Penasihat Parti Kuasa Negara, Rong Chhun, berkata dia didapati bersalah kerana menghasut sehingga mencetuskan kekacauan sosial serius — satu tuduhan yang sering digunakan pihak berkuasa Kemboja terhadap aktivis.

    Kes itu difailkan tahun lalu selepas dia bertemu mangsa pertikaian tanah dan memberi komen mengenai lawatan Perdana Menteri Hun Manet ke kawasan sempadan dengan Vietnam.

    Di luar Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Rong Chhun memberitahu wartawan bahawa dia akan membuat rayuan terhadap keputusan yang disifatkannya sebagai ‘bermotifkan politik’ dan ‘amat tidak adil’. Tidak jelas sama ada beliau akan ditahan serta-merta.

    “Pesanan saya ialah pemerintah mesti berhenti menggunakan sistem perundangan untuk menindas ahli politik,” katanya.

    Dia berkata kes itu “mencerminkan bahawa Kemboja belum mengamalkan demokrasi sepenuhnya dan sesiapa sahaja yang bersuara menentang serta mendapat sokongan rakyat akan sentiasa ditekan dan disingkirkan daripada pentas politik.”

    Rong Chhun pernah ditahan pada tahun 2020 selepas mendakwa kerajaan Kemboja melakukan ‘penyelewengan’ dalam penandaan sempadan timur negara itu dengan Vietnam.- AFP

    Rong Chhun menyapa para penyokongnya berhampiran Mahkamah Perbandaran Phnom Penh di Phnom Penh, Kemboja, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda