Oleh Nurdiyanah R. BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Satu lagi pencapaian membanggakan bagi Negara Brunei Darussalam apabila Haji Zainal Abidin bin Penghulu Haji Ibrahim telah menerima Anugerah Persekutuan Pengakap Malaysia oleh Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), baru-baru ini. Beliau pernah menjadi ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) dengan memegang jawatan sebagai ketua pesuruhjaya kebangsaan