Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli PUJA fahami Wawasan Brunei 2035

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Kira-kira 50 orang terdiri daripada ahli-ahli Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA), pegawai-pegawai kerajaan dan profesional daripada industri pembinaan telah menghadiri seminar mengenai Laporan Wawasan Brunei 2035 (2015-2022) yang diadakan Dewan Atria Simpur, Jabatan Kerja Raya (JKR), hari ini.

    PUJA Academy Sdn Bhd (PASB) telah menjemput Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri untuk menyampaikan mengenai laporan berkenaan.

    Hadir selaku penceramah jemputan ialah Pengarah Pejabat Wawasan Brunei 2035, Dr Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah yang menjelaskan bahawa

    Wawasan Brunei 2035 adalah visi masa depan jangka panjang bagi Negara Brunei Darussalam yang dilancarkan pada 2008 untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang diiktiraf secara meluas untuk rakyatnya yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berprestasi, ekonomi yang dinamik, mampan dan kehidupan berkualiti tinggi untuk semua rakyat dan penduduknya.

    Bagi mencapai wawasan tersebut, Rangka Kerja Wawasan Brunei 2035 mengenal pasti 12 Hasil Negara yang turut disokong oleh tiga pelan tindakan iaitu tenaga manusia, sosial dan ekonomi.

    Pembentangan itu memberikan gambaran ringkas mengenai Laporan Wawasan Brunei 2035 (2015-2022) yang dikeluarkan baru-baru ini, menonjolkan pencapaian utama dan kemajuan yang dicapai sepanjang perjalanan tujuh tahun itu.

    Dr Hajah Huraini semasa menyampaikan ceramah mengenai Laporan Wawasan Brunei 2035 (2015-2022). – Gambar serahan PASB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda