Monday, October 21, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli sejarah AS terima Hadiah Keamanan Sastera Jerman

    FRANKFURT, 20 OKT – Ahli sejarah Amerika Syarikat (AS), Anne Applebaum akan dianugerahkan the Peace Prize of the German Book Trade pada penghujung Pesta Buku Frankfurt pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Ucapan penghargaan akan disampaikan di Gereja St Paul, Frankfurt oleh Irina Scherbakowa, seorang pakar bahasa Jerman, ahli sejarah dan aktivis hak asasi manusia terkenal dari Rusia.

    “Pada ketika nilai dan pencapaian demokrasi semakin diperlekehkan dan diserang, karyanya merupakan sumbangan penting dan tidak ternilai dalam memelihara demokrasi dan keamanan,” kata panel pemilihan hadiah itu dalam satu kenyataan.

    Karya Applebaum mendedahkan mekanisme rampasan kuasa autoritarian dan perlindungan kuasa serta menunjukkan betapa rapuhnya masyarakat demokratik, menurut kenyataan itu.

    Dengan hadiah berjumlah AS$27,170, Hadiah Keamanan ini dianugerahkan oleh Persatuan Penerbit dan Penjual Buku Jerman sejak 1950. Ia menghargai individu yang menyumbang kepada penghayatan idea keamanan melalui sastera, sains atau seni. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda