MONTREAL – Berikutan penggantungan sementera semua rancangan pertunjukan kerana sekatan pandemik COVID-19, seorang ahli silap mata dari Kanada, Luc Langevin telah membuat persembahan secara maya yang lebih interaktif.
“Wabak itu memaksa saya mencari cara baharu untuk melakukan silap mata,” kata warga Kanada berusia 37 tahun itu.
Langevin, yang melakukan persembahan dalam Bahasa Perancis, biasanya melakukan pengembaraan ke Eropah dengan pasukannya bersama timbunan peralatan untuk pertunjukannya, termasuk di Perancis di mana persembahannya disiarkan di televisyen membantu beliau menjadi lebih terkenal.
Pandemik dan pembatalan pertunjukan itu memaksanya memikirkan sesuatu semula, katanya kepada AFP.
Seperti seni bela diri yang dipelajarinya sejak kecil, Langevin ‘menggunakan kekuatan untuk melawannya’.




“Pandemik itu memaksa kita semua untuk melakukan di dalam kaca TV, jadi saya berfikir sendiri, bagaimana saya dapat memukau orang dalam konteks itu?” katanya.
Dari sebuah studio kecil di Montreal, dia berjaya dengan pertunjukan maya tersebut.
Beliau kini melakukan pertunjukan berkenaan dalam studio di sebuah bekas kilang. Di atas meja silap mata diletakkan pelbagai barang untuk muslihatnya seperti kad, sebiji lemon, kacang dan pisau.
Sebuah kamera mengikuti Langevin di sekitar ruangan selama lebih dari satu jam untuk rancangannya yang dipanggil ‘Interconnected’.
“Semua pertunjukan itu sangat interaktif,” katanya.
Kira-kira 20 penonton dengan tiket ‘premium’ muncul di tepi skrin TV. Langevin memanggil mereka, meminta mereka menamakan objek atau kad yang kemudian ditayangkannya. Dia menggunakan selendang ajaib untuk mengubah Donald Trump menjadi timun.
Semasa pertunjukan itu, para penonton menerima e-mel yang meminta mereka ‘agar tidak segera dibuka’. Ia mengandungi informasi yang harus dijawab oleh para penonton dan dia akan menekanya.
Sebilangan penonton mungkin kecewa. Tidak ada yang luar biasa, jalan cerita atau muzik yang menarik perhatian seperti di Cirque du Soleil dan kadang-kadang beberapa gangguan seperti ‘mikrofon anda tidak terpasang’, katanya kepada ahli penonton.
“Pertunjukan hebat, tetapi terlalu buruk kerana beberapa muslihat gagal,” jelas Mikael Turpin salah seorang penonton memberi ulasan buruk rancangan itu di media sosial.
Idea pertunjukan baharu tersebut adalah untuk merasa lebih ‘dekat dengan orang ramai’ secara maya dan mempengaruhi pertunjukan itu, menjadikannya seperti realiti, menurut Langevin.
“Saya tertanya-tanya, adakah orang bersedia membayar AS$25 atau AS$55 untuk pertunjukan silap mata dalam talian selama satu jam, dengan semua rancangan TV murah yang tersedia di Netflix, YouTube dan rangkaian sosial lain,” tambahnya.
Jawapannya adalah ya, tekannya lagi.
Pertunjukan itu dilancarkan pada akhir tahun 2020 dan pada mulanya akan berlangsung selama dua bulan. Tetapi telah menjadi terkenal dan diminati ramai, di mana 40 pertunjukan pertama menjadi tumpuan dan permintaan untuk persembahan yang akan datang terus mendapat sambutan.
“Pertunjukan akan diteruskan selagi ada permintaan,” kata Langevin.
“Dengan hanya dua juruteknik berbayar dan rata-rata 850 penonton setiap pertunjukan, kami mendapat lebih keuntungan daripada yang kami sangka,” katanya. “
Semua pertunjukan dilakukan di sini, tidak ada bas pelancongan besar, tidak ada bilik hotel, tidak ada bayaran untuk membayar rombongan saya.”
Dan ini membantu memperluas jangkauan rancangan berkenaan.
“Saya boleh membuat persemba-han untuk siaran Eropah pada jam 2:30 petang tetapi di sana jam 8:30 malam. Selepas itu saya boleh kembali ke rumah saya untuk makan bersama keluarga dan kembali pada waktu petang untuk pertunjukan di Kanada,” Kata Langevin seorang bapa dengan seorang budak lelaki.
Oleh itu, adakah wabak itu memberi kebaikan kepadanya?
“Seseorang dapat melihatnya seperti itu,” katanya.
Seterusnya lagi mereka akan membuat versi pertunjukan berbahasa Inggeris untuk Amerika Syarikat dan Kanada.
Dan ketika larangan pandemik ditarik semula pada suatu ketika nanti, Langevin mengatakan dia mungkin akan terus tampil dengan pertunjukan secara langsung.
“Silap mata itu sangat berbeza. Kedua produk itu dapat wujud bersama,” katanya sambil tersenyum. – AFP