TEHRAN, 16 MAC – Wabak koronavirus pada hari ini membunuh seorang anggota badan ulama yang melantik pemimpin tertinggi, kata media negeri, membawa jumlah kematian di kalangan pegawai kepada sekurang-kurangnya 12 orang.
Ayatollah Hashem Bathayi Golpayegani, yang berusia 78 tahun, meninggal dunia dua hari selepas diuji positif virus COVID-19 dan dimasukkan ke hospital, lapor agensi berita IRNA.
Pegawai berkenaan mewakili Tehran dalam Perhimpunan Pakar, badan ulama yang terdiri daripada 88 anggota yang melantik dan mengawasi pemimpin tertinggi Iran.
Sekurang-kurangnya 12 ahli politik dan pegawai Iran telah terkorban akibat penyakit tersebut, dan 13 lagi telah dijangkiti dan sama ada sedang dikuarantin atau menerima rawatan. – AFP