Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahli YASKA luang masa bersama

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Seramai 18 ahli Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) bersama-sama penjaga mereka berpeluang menikmati aktiviti yang menyeronokkan dalam acara A Splash of Joy with YASKA di Taman Air Jerudong Park, hari ini.

    Acara yang dikendalikan oleh Unity Charity Association dengan kerjasama YASKA, menyaksikan para peserta bermain di taman permainan air bersama-sama sambil mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana santai.

    Presiden Unity Charity Association, Jake Goh menyatakan matlamat mereka mengadakan acara itu adalah untuk menjana sebuah ruang bagi setiap orang boleh berseronok dan pulang dengan senyuman.

    Acara itu turut disertai oleh Presiden YASKA Brunei, Dayang Tsara’ Nawwarah binti Abdullah Chen bersama-sama sukarelawan Unity yang memastikan semua acara berjalan dengan lancar serta kesemua peserta merasa diri mereka disokong. Para peserta turut menerima cenderamata kenang-kenangan sebelum meninggalkan majlis.

    Acara tersebut menandakan satu lagi kejayaan dalam inisiatif dilaksanakan oleh Unity, untuk menghimpunkan warga serta menjana pengalaman yang bermakna dan positif dengan kerjasama organisasi seperti YASKA.

    Ahli YASKA bersama penjaga mereka bergambar ramai dalam acara A Splash of Joy with YASKA, kelmarin. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    ATAS & BAWAH : Seorang kanak-kanak sedang berlari dalam acara A Splash of Joy with YASKA di Taman Air Jerudong Park, kelmarin. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda