Ahmad Dhani dapat pengampunan

Suami kepada penyanyi Mulan Jameela, Ahmad Dhani bakal dibebaskan dari tahanan pada 28 Disember ini setelah hampir satu tahun dipenjarakan.

Hal ini diputuskan oleh hakim yang mengendalikan kes penyanyi itu, Hendarsam Marantoko kepada media. “Ya, memang benar jika dikira Ahmad Dhani akan dibebaskan sekitar 28 Disember,” katanya.

Jelasnya lagi, penyanyi lagu Dewi ini mendapat pengampunan dan tempoh tahanannya telah dipendekkan kepada satu bulan. Ahmad Dhani sepatutnya dijadualkan bebas daripada tahanan pada Januari 2020, namun dipendekkan menjadi Disember 2019.

“Tempoh tahanannya akan dipendekkan. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama satu tahun kerana sebelum ini dia ditahan pada 28 Januari. Tapi dipendekkan tempohnya 28 Disember ini dia dibebaskan,” katanya lagi.

Sementara itu, peguamnya, Aldwin Rahardian berkata rayuan Ahmad Dhani terhadap kes vlog ‘Idoit’ tersebut telah diterima oleh Mahkamah Tinggi Jawa Timur, Indonesia. Tambah peguamnya, keluarganya sudah tidak tidak sabar untuk menantikan kepulangan penyanyi yang berusia 47 tahun itu.

“Semestinya tidak sabar untuk menanti kebebasan penyanyi itu untuk berkumpul bersama keluarga, terutamanya bagi menyambut tahun baharu. Selain hari raya, inilah yang dinantikan untuk berhimpun bersama pada tahun baru,” jelasnya.

Ahmad Dhani sebelum ini ditahan di Cipinang Penitentiary, Jakarta Timur, gara-gara mengeluarkan kata-kata kebencian awal tahun lalu. – Agensi

Penyanyi lagu Dewi ini mendapat pengampunan dan tempoh tahanannya telah dipendekkan kepada satu bulan. – Agensi