Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahmad Dhani dimarahi petugas lapangan terbang Turki

    Baru-baru ini komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani sempat meluangkan masa bercuti bersama ahli keluarganya ke Turki.

    Namun, di sebalik percutian itu ada cerita lucu yang berlaku semasa mereka berada di negara berkenaan.

    Menurut laporan Wow Keren, anaknya iaitu El Rumi mendedahkan Ahmad Dhani ditegur oleh seorang petugas di lapangan terbang Turki.

    Kata El Rumi, bapanya itu ditegur kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.

    “Dimarahi, dimarahi (tidak pakai pelitup muka) walaupun kebanyakan tempat di Eropah sudah lebih santai,” kata El Rumi.

    Sementara itu, Ahmad Dhani pula menjelaskan terdapat perbezaan peraturan di setiap wilayah di negara berkenaan.

    “Mereka hanya menjalankan tugas saja. Kita hanya perlu pakai pelitup muka di lapangan terbang tetapi kalau di kawasan kota tak perlu kerana kebanyakan negara Eropah dah mula bebas, sama macam di Amerika Syarikat,” ujarnya. – Agensi

    El Rumi dedah punca bapa dimarahi oleh petugas lapangan terbang. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda