Friday, July 5, 2024
27.2 C
Brunei

    -

    Ahmad Dhani tidak tertekan walau dilanda masalah

    Penyanyi dan komposer terkenal, Ahmad Dhani tidak pernah berasa tertekan sepanjang 52 tahun kehidupannya.

    Ahmad Dhani atau Dhani Ahmad Prasetyo berkata, walaupun sudah melalui pelbagai liku dan cabaran dalam kehidupannya namun ia tidak pernah membiarkan dirinya dalam keadaan tertekan.

    “Saya pernah ditanya sama ada pernah tertekan atau pun tidak? Jawapannya adalah tidak. Sejujurnya saya juga manusia biasa yang berdepan pelbagai masalah cuma saya tidak pernah tertekan dengannya,” katanya.

    Ahmad Dhani berkongsi perkara itu menerusi temu bual program Indonesia iaitu Tonight Show di NET TV pada Jumaat lalu.

    Jelas anggota kumpulan Dewa ini, dia tidak tertekan kerana percaya setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya.

    Begitu juga dengan soal rezeki, dia tidak bimbang kerana percaya dengan rezeki daripada Allah SWT.

    “Kita ambil contoh ketika dunia dilanda pandemik Covid-19, ibu saya pernah bertanya macam mana saya jana pendapatan sedangkan tak boleh lakukan sebarang aktiviti persembahan? Dengan tenang saya menjawab, dari Allah, siapa lagi?,” jelasnya.

    Malah cerita Ahmad Dhani, ketika dia dipenjarakan pada 2018, rezekinya tetap tidak putus-putus walaupun berada di sebalik tirai besi.

    “Insya-Allah duit itu ada sahaja, sewaktu saya dipenjarakan pun duit tetap masuk. Rezeki melimpah ruah,” katanya.

    Pemuzik itu dipenjarakan selama 18 bulan di Cipinang, Jakarta Timur selepas didapati bersalah menyebarkan mesej berunsurkan kebencian dalam tiga kenyataan yang dibuat di platform Twitter pada 2019. – Agensi

    Dhani tidak menganggap masalah hidup sebagai tekanan. – mStar

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Waktu sarapan McDonald’s Australia dipendekkan

    SYDNEY, 4 JULAI – Rangkaian makanan segera McDonald’s di Australia telah memendekkan waktu perkhidmatan sarapan akibat kekurangan bekalan telur berikutan wabak selesema burung yang...