Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahmad Khawari kekalkan jawatan

    KUALA LUMPUR, 4 OKT – Bekas Presiden Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa mengekalkan jawatan selaku Naib Presiden Kesatuan Penulis Sukan Asia (AIPS Asia) bagi penggal 2022-2026.

    Ahmad Khawari berkata keputusan itu dicapai menerusi pemilihan kongres tahunan kali ke-26 yang diadakan di Rom, Itali, hari ini dan beliau dipilih bersama empat lagi calon dari India, Kuwait, Qatar dan Iran.

    “Saya gembira kerana Malaysia terus diberikan mandat untuk bersama dalam kepimpinan AIPS Asia kerana saya percaya negara mampu memainkan peranan dengan didokong sokongan padu rakan-rakan kepimpinan SAM,” katanya menerusi pesanan Whatsapp kepada pihak media. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda