TEHRAN, 12 MEI – Bekas presiden ultra konservatif Iran, Mahmoud Ahmadinejad mencalonkan namanya bagi pilihan raya bulan depan bagi menggantikan Presiden Hassan Rouhani.
Populis berusia 64 tahun itu disoraki oleh puluhan penyokongnya ketika dia tiba di kementerian dalam negeri untuk menyerahkan permohonannya.
“Jutaan orang di seluruh negara telah mengundang saya untuk bertanding pilihan raya malah mengarahkan saya untuk datang ke sini untuk mendaftar, meletakkan tanggungjawab besar di atas bahu saya,” kata Ahmadinejad.
Pilihan raya 18 Jun muncul ketika Iran dan kuasa dunia bergelut untuk memulihkan semula perjanjian nuklear 2015, sejak 2018.
Calon-calon mempunyai tempoh sehingga Sabtu untuk mendaftar dan kemudian akan disenaraipendekkan oleh Majlis Guardian sebelum nama calon yang diluluskan, disiarkan pada 27 Mei, ketika kempen bermula.
Namun media Iran menganggap peluang Ahmadinejad untuk diluluskan sangat tipis. – AFP
