Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ahmed Awad dilantik Perdana Menteri baharu Yaman

    SANAA, 6 FEB – Dewan Pimpinan Presiden Yaman kelmarin telah melantik Menteri Luar, Ahmed Awad bin Mubarak sebagai Perdana Menteri baharu negara itu, Xinhua memetik laporan agensi berita, Saba.

    “Dekri No. (56) tahun 2024 dikeluarkan oleh pengerusi Dewan Pimpinan Presiden, melantik Ahmed Awad bin Mubarak sebagai perdana menteri,” menurut laporan itu.

    Mubarak telah dilantik sebagai Menteri Luar pada 2020.

    Sementara itu, satu lagi dekri telah dikeluarkan dengan melantik Perdana Menteri Maeen Abdulmalik yang akan menamatkan tugasnya sebagai penasihat kepada pengerusi Dewan Pimpinan Presiden.

    Sejak akhir 2014, Yaman dilanda perang saudara apabila Houthi yang disokong Iran menguasai beberapa wilayah di utara, memaksa kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi berundur dari Sanaa. – Bernama

    Gambar AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda