MOASOW, 28 APRIL – Juara Olimpik enam kali sukan luncur laju trek pendek, Viktor Ahn mengumumkan kelmarin bahawa dia akan bersara disebabkan oleh kecederaan yang berulang-ulang.
Ahn, 34, dilahirkan di Korea Selatan tetapi menjadi naturalisasi Rusia sebelum sukan Olimpik Sochi 2014 di mana dia memenangi tiga pingat emas.
Dalam sepucuk surat yang diterbitkan oleh agensi berita RIA Novosti, dia berkata kesakitan berkekalan pada bahagian lutut dan kecederaan lain menjadi sebab keputusannya untuk berhenti bertanding.
“Ia menjadi semakin sukar dan bertambah sukar untuk kekal dalam bentuk ini, sebab itu saya mengambil keputusan tiba masanya saya berhenti dari sukan ini.”
Ahn adalah pesaing yang paling berjaya dalam bidang itu.
Bertanding untuk Korea Selatan sebagai Ahn Huyn-Soo, dia memenangi tiga pingat emas di Sukan Olimpik Turin pada tahun 2006 dan pingat perak dalam acara 500 meter.
Ahn tidak dapat beraksi dalam Sukan Olimpik Vancouver 2010 kerana menjalani pembedahan lutut, dan, ketidaksefahaman dengan rakan sepasukan, dan menjadi naturalisasi Rusia.
Kejayaannya di atas gelanggang dan persahabatannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin memberi makna dia adalah salah seorang yang mewakili Rusia di Sukan Sochi 2014.
Nama Ahn tidak tersenarai sebagai atlet yang layak untuk bertanding di Sukan Pyongyang 2018, selepas Agensi Anti-Doping Dunia menuduh negara tersebut menaja program doping di Rusia.
Dia menggambarkan pengecualiannya sebagai ‘penuh skandal’, dengan mengatakan ‘tiada bukti kukuh’ bahawa dia tidak dibenarkan untuk bertanding untuk negara asalnya. – AFP